Novel Panas Salju
 
  Sinopsis
  Tema
  Persoalan
  Watak dan Perwatakan
  Plot
  Teknik Penceritaan
  Latar
  Gaya Bahasa
  Nilai
  Pengajaran
  Latihan
Teknik Penceritaan

DIALOG

Teknik ini melibatkan perbualan antara watak-watak dalam novel Panas Salju, terutama dialog antara Zulkifli dengan isterinya Bushrah. Kedua-dua watak ini banyak berbincang tentang masalah rawatan Nadhirah seperti contoh ini. "Kita mesti hadiri kursus anak cemerlang tu. Kalau tak, kita rugi besar." kata Zulkifli sambil menghadap sarapan pagi. "Yalah, bang. Saya dengar kursus anjuran NURY berkesan dalam membentuk anak-anak Islam cemerlang," balas Bushrah.


PEMERIAN

Contoh pemerian latar masa -  Hari itu Bushrah dan Zulkifli mengambil cuti untuk menghadiri kursus "Anak Cemerlang" anjuran Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak atau ringkasnya NURY.
Pemerian aksi watak - Kedua-dua suami isteri hartawan itu kemudian senyap kerana leka dengan fikiran masing-masing sambil menikmati makanan tengah hari.


MONOLOG

Nadhirah bermonolog memohon doa kepada Allah semoga pembedahan yang akan dilaluinya selamat dan berjaya. "Ya Allah, ya tuhanku kurniakanlah daku dan ibuku kejayaan dalam pembedahan yang bakal kami jalani tak lama lagi" doa Nadhirah sambil menadah tangan.


IMBAS KEMBALI

Zulkifli banyak mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang dilaluinya bersama-sama keluarga. Zulkifli teringat akan peristiwa dia dan keluarganya melawat rumah salji di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Dia teringat akan perbualannya dengan Nadhirah tentang salji tiruan di taman berkenaan.


PERSURATAN

Teknik persuratan ini digunakan apabila Muliyadi menulis surat kepada Zulkifli. Terdapat dua pucuk surat yang dikirim Muliyadi kepada Zulkifli.
...........Assalamualaikum yang dihormati saudara Zulkifli, semoga dalam kandungan sejahtera bersama keluarga........................

 
   
Today, there have been 2 visitors (6 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free