Novel Panas Salju
 
  Sinopsis
  Tema
  Persoalan
  Watak dan Perwatakan
  Plot
  Teknik Penceritaan
  Latar
  Gaya Bahasa
  Nilai
  Pengajaran
  Latihan
Sinopsis
   
Sinopsis ialah intipati keseluruhan cerita yang merangkumi persoalan, watak dan plot cerita.

Zukifli dan keluarganya pulang ke kampung isterinya di Kuala Sungai Baru, Melaka untuk menghadiri kenduri arwah. Dalam perjalanan mereka membantu seorang keluarga Sikh yang terlibat dalam kemalangan. Pada keesokan hari mereka pergi ke Felda Ulu Tebrau, Johor menghadiri majlis perkahwinan adik Zulkifli. Anak Zulkifli, Nadhirah menghidap penyakit hati dan hempedu. Zulkifli menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kes rawatan dan mendedahkan perkara ini ke dalam akhbar Utusan Malaysia. Bushrah, isteri Zulkifli berazam untuk mendermakan sebahagian hati kepada Nadhirah.

Seluruh negara dan seluruh penduduk Bandar Tun Razak khususnya gempar apabila berita tentang penyakit Nadhirah tersiar. Tan Sri Shamsuddin memaklumkan berita itu kepada isterinya dan mereka bersetuju untuk membantu kos rawatan Nadhirah yang berjumlah RM350 ribu di London. Kesediaan Bushrah untuk mendermakan sebahagian hatinya kepada Nadhirah menggemparkan seluruh negara. Penduduk Jalan Mewah Satu , Bandar Tun Razak mengutip derma untuk membantu Nadhirah. Pembedahan berjaya dilakukan oleh Dr. Tan Kai Chah. Dr. Tan telah menolak tawaran kerajaan Arab Saudi untuk berkhidmat di sana walaupun gaji yang ditawarkan lebih lumayan. Bushrah dan Nadhirah masih sihat setelah lima tahun berlalu. Pada satu malam Jumaat, Bushrah berasa susah untuk bernafas dan meninggal dunia pada jam 4.00 pagi. Nadhirah telah dewasa dan menamatkan pengajian serta bekerja di Bank Islam. Nadhirah akan berkahwin dengan seorang doktor bedah di Hospital Kuala Lumpur. Zulkifli telah menjadi seorang pengarangyang berjaya di Mingguan Malaysia. Dia menyambung pengajian peringkat Ph.d secara sambilan di USM.
 
 
   
Today, there have been 1 visitors (1 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free